Monday, February 23, 2015

kelik kampung kitooooo

Assalamualaikum

Hai semuaaaaaaaaaaa
Selamat kembali bekerja setelah bercuti
Dan selamat update blog kembali untuk aku setelah agak lama bermalas-malasan heheh

Cuti CNY balik kampung
Tak plan pon nak balik kampung sebona eh
Memula plan nak bercuti kat Kuantan je. Hotel dah book. Book through call je pon
Tapi masa on the way dah sampai Paloh Hinai, memasing menggelinjang nak balik kampung, so terus ke kampung je lah
Woh nampak gerbang terengganu lepas Chendor tu, kemain sengeh lebar aku
Yela aku je yang lama tak balik kampung haha

Kitorang gerak pagi khamis tu. 2 kete gerak
Highway segamat - kuantan tu memang banyak kete la
Naik LPT dah ok 
Sekali kau nak exit tol Jabor......



Rasakan. Sejam lebih jugak la nak sampai ke exit tol Jabor tu
Memang kematu kaki
Dia jammed bukan apa, pack kat lorong tunai tu je. baik semua pakai TnG kan senang
tetapi kesannya pada semua pengguna la hahaha
biasa la tak jammed tak feel raya la kan. gitew. padahal aku dah naga berapi dalam kete tu, dengan lapo lagi 

sampai kampung sweet kampung ku, chendering kuala terengganu around 6pm ++
asar dulu, keluar nak makan laksa nasi minyok whatevs
sekali........




dari sebelum jambatan kuala ibai dah jammed hahaha
well raya kan
dan most of kedai laksa full -______-
kedai favs apatah lagi. berasak manusia -_________-
then bawak diri makan kat warung sebelah Permai Inn
Itu pon banyak makanan dah habis




I took nasi minyok with ayam merah




keesokan harinya, seawal 7.30am aku dah terpacak kat paso payang
nak beli apam balik kegemaranku !!!!





dan beli kuih muih dan nasi lemak kat belah belakang sket




pastu keluar ke belah belakang paso, nak cari tembikai
kebetulan hari jumaat ada kenduri sket kat kampung
so aku p cari tembikai buat pencuci mulut
kelapa inti kat sana berlambak ok
geram je aku tengok





then singgah dekat dengan masjid kg raja nak beli me favoritas satar



then after solat jumaat pon mula kenduri
belah sana kenduri senang je
laksa. kuah putih dengan merah
itu je. takde complicated keje kan



ulaman laksa. taugeh, kacang panjang, timun, kobis, yang hijau tu gabungan pucuk gajus, daun kaduk bla2




laksa opkos





kuah putih and merah
aku prefer kuah putih je. tapi aku tengok orang sana banyak makan yg kuah merah




mine. kuah putih, more taugeh plis
kuah meladung baru feel. gila berlemak lemak masuk dalam perut -_-

later malamnya aku makan jugak laksa kuah merah
macam lebih kurang laksa johor tapi rich sket rasa nya
dan sedikit manis

nanti sambung yeee



lets klik !!

12 comments:

eelobor said...

huhuhu.....semuo menu masakan tuh peberet ambe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

amboi haiii... menelan air liur tengok segala maknika kuih muih & especially laksa tu... sedapnyer lah...

Fai CeritaCinta said...

cuti raya cina ni mengalahkan cuti aidilfitri... semua jalan jammed... macam sedap je laksa kuah merah tu? kat Johor memang tak pernah jumpa laksa kuah merah.. yang kuah putih tu fai memang suka. hihi..

Kayu Manis said...

bestnya jln2 sambil tgok mknanan.. knor pun geram tgok ni... mesti murah2kn..

Daddy Ziyyad said...

aarghhhhhh..lapar la baca entry ni! hahaha

dah lama teringin nak try nasi minyak kalau ke pantai timur...

satar Masjid Kg Raja tu senang ke nak cari? mana lah tau saya gi area KT, boleh try cari :)
Selalunya saya beli satar Aziz Sata tu yg femes kat Kemaman/Chukai

Dr Singa said...

akak benci togeh.
sekian..

hahahhaaaaa..

balik sini jem tak?

makcikkantin said...

nampak kuah laksa tu mcm kuah laksam.....sama ke?

fairus said...

Lama tak melawat akak kat Terengganu..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

perghh..sorga makanan nih!

Najib Ariyan said...

tu dia... gambar meriah ngan makanan... syurga makan betul kat Ganu ni kan... pakcik tu jual kat pasar begitu banyak kuih...?? dia buat sendiri ker tu?

NEKCIK said...

Aduhaii lapor weiii

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

syurga makanan nih! laksa tu sedappppp