Monday, February 9, 2015

Nasi Ayam di hujung minggu

Assalamualaikum

Sekarang mood ada rajin sket nak main masak-masak kat dapur
Maka semalam terhasil lah nasi ayam

Semalam pagi pergi Family Store. Sebab nak beli ayam, dan nak cari kaki ayam sekali nak buat sup
Dinda sangat menyesal ok pergi family store di kala hujung minggu
Ramai jangan cakap. Lepas tu kat area barang basah, aku nak beli ayam, dah macam orang merusuh ok kat situ
Yela dah ramai tu. Staff kat area ayam  2-3 orang. Nak beli beratur berjela-jela
Sorang tak nak plak patlimanam ekor ayam kan
Adik aku cakap ada makcik tu p maki bodoh kat staff potong ayam tu. Gila meroyan hape
Sebelum aku yang bagi bodoh berbakul-bakul kat makcik tu baik aku blah
Maka aku hanya beli sayur mayur dan lain-lain kecuali ayam. Kaki ayam takde stok -_-

So aku pergi beli ayam kat Jati Frozen. Lagi best. Tak ramai orang. Kahkahkah
Aku la bengong tak pergi situ awal-awal dah kenapa -_-
Saje tempah caruts gatal sangat nak pergi family store




Sup ayam:

Bawang merah + bawang putih + halia + lada hitam + jintan manis = blend dan tumis
Dah naik bau dan sedikit garing, masuk kan ayam. Aku guna 2 ekor. Kenduri ayam kau
Gaul sekejap dalam 5 minit, masuk kan air. Kiub ayam knorr 2 ketol. Tutup periuk dan biar sampai masak
Adjust garam,white pepper. Ayam yang dah masak, angkat dan tos kan. Nanti nak goreng pulak
Ayam bahagian leher, hujung peha dengan kaki biar dalam sup. Sedih iols tak dapat beli extra kaki ayam. Kalau tak mesti mewah kaki ayam uhuk uhuk uhuk
Oh ye. Aku letak carrot jugak ye. Rajin siap potong bentuk bunga =D

Seperti biasa. Aku masak bahan takde sukat-sukat nya. Main masuk masuk masuk je. Pandai lah uols adjust ye

Eh macam ada plak orang mintak resepi lalalalala -______-






Nasi nya

Beras 6 cawan. Basuh dan tos
Bawang besar + bawang putih + halia. Potong /mayang halus
Panas kuali, letak planta dalam 3 sudu. Cair kan dan panas kan, masuk lah semua yang di mayang tadi
Pastu, masuk kan semua hasil tumisan dalam pot nasi
Masukkan air dari sup nasi ayam, 7 cawan ye. 
Serbuk kunyit dalam sesudu kecil, nak kasi warna kuning
Masuk garam 3 sudu kecil
Masuk beras
Masuk daun pandan
Tutup dan tunggu masak lalalalaa





Ayam aku buat 2 jenis. 1 yang sup 1 lagi aku asing. Perap kan
Perap : blend bawang merah + putih + halia. Gaulkan sekali dengan kicap + madu + minyak bijan + garam + white pepper. Gaulkan rata dengan ayam. Tutup then simpan dalam fridge.Nak makan baru goreng eh





Ni ayam yang dari sup. Toskan dari sup then goreng




Cili nasi ayam
Cili merah + bawang putih + sos cili + air sket. Masak jap atas dapur. Letak sket bancuhan tepung jagung nak bagi pekat
Alter rasa garam gula whatever




Kicap. Sup nasi ayam + kicap. Masak jap
Alter rasa garam gula whatever




Sayur mayur
Timun + tomato + lettuce


Sekian. Bye
hujung minggu depan nak masak apa eh ?



lets klik !!

14 comments:

Amanda Suria said...

Tgok nasi ayam lieya time ni buat akak terliur

Kakzakie said...

Itu dia! berkat rajin dan gigih maka terhasillah nasi ayam yg menggoda mata yg melihatnya:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lorr... kenapa sampai merusuh mcm tu... nak beli ayam je pun.. hihi...
nasi ayam ni fav anak2 akak ni.. rasanya msk tiap hari pun anak tak kisah.. hihi.. mak ngan ayah je lah yg muak...

Kayu Manis said...

wow...kesukaan keluargaku..nasi ayam ni tau...

Daddy Ziyyad said...

Sedih tgk mentaliti sesetengah orang ni kan..dah tua bangka macam makcik tu, tak tahu nak bersabar...boleh gi maki hamun pekerja tu...bayangkanlah kalau negara kita berperang, masa tu semua terdesak nak makan...entah macam mana keadaan nya...

Oh kaki ayam? Saya tak makan kaki ayam! hahahaha

Hanie said...

waaa.. nampak sedap.. esok nak mkn nasik aym lah... tp kaki ayam xnak. hihihih

makcikkantin said...

menawan kalbu tengok gambar2 jelas ni lya..lapaq nasi ayam la pulak :)

wahida said...

hoi!! terliur tau!!
ada aku balik kang carik nasi ayam...grrrrrr...

aku suka giler kaki ayam wei...gimme five la nok!

Najib Ariyan said...

tu dia meriah dapur dihujung minggu kan...

sambutlah salam cinta ku (dan perut ku sama... ) nak nasik ayam lerrrr...

mun said...

nasi ayam yg menggoda... nak nak!

nur anis said...

sedapnyaa.. saya tak pandai masak..nanti boleh la cuba..resepi ada dah ni..

adrianna syaz said...

Tlg hantar kat ipoh sepinggan..hahaha..lama x jenguk awek melaka ni tau..miss2 you..^_^

eelobor said...

balik kampung CNY lepas, mak bonda & kak ipar buat nasi ayam special.... memang bertambah-tambah lah kenaikan kg ambe

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

pass nih nak kawen...hahha