Monday, February 2, 2015

random foods

Assalamualaikum


Rasa macam banyak plak gambo makanan dalam fon tak update
Sebelum aku buang, marilah aku tepek kat sini ye





Last week main bako bako dan steamboat. Steamboat dalam rice cooker je 
Marinated bako ala-ala seoul garden konon ye
Bukan aku marinate. Adik aku. Aku balik keje je dah siap. Mihmihmih





Syok jugak main bako pakai benda ini. Baba beli
So kitorang merasmikan. Hehe





Masa main bako bako tu, aku masak jugak carbonara






Baba kalau pergi pasar tani, suka beli produk dari Hatinie's Kitchen
Dia ada macam- macam produk frozen
Setakat ni kitorang dah try kambing bako, chicken chop, meatball dengan ini bolognese
Semua sedap-sedap belako




Ni bolognese hatinie's kitchen. Nampak sendu tapi bolognese nya kaya dengan isi ye. Dan sangatlah sedap. Spaghetti beli sendiri




My all time favs tosei. Tapi ni tak garing pulok




Ada 1 hari terasa nak masak bihun sup, with cili kicap pedas meletop
Makan sambil sroottt sretttttt




Di suatu hari minggu, berkejaran ayam di dalam reban di belakang rumah
Sembelih, siat bulu, goreng, tanak pulut






spaghetti sendiri pakai prego dan bahan apa je yang ada dalam peti




my very first time try makan belangkas
ni masak berlada kot. ok ok la. hukhukhuk




sup bebola ikan tenggiri. dan kawan aku tanya, ada jual bebola tenggiri ke
takde kot. ni gentel sendiri je. isi ikan tenggiri tu tumbuk2 le, bulat2 kan le, pastu masak macam masak sup ikan tuuu





nasi goyeng suka hati




paprik main lebur apa yang ada dalam peti




ikan goyeng nak makan dengan kuah sweet sour di bawah




kuah sweet sour mewah. mewah sangat. semua benda aku nak letak
carrot, cauliflower, nenas kiub, tomato ceri, cili, bawang hiris bulat


okebai.




lets klik !!

9 comments:

Nur Inani said...

aboii banyaknyaaa makanan. sedaps edap belaka nampaknya tuu

Kayu Manis said...

wow mcm2 ada ye...
tak tau yg mna satu nk... hihi
belangkas tu mcm tk sggup nk mkn... tau..

Kakzakie said...

Tengoklah Lia betapa banyaknya variati makanan tempat kita ni kan. Pilih ajelah mana suka.

Hanie said...

banyak nye mekanan.. terasa lapar plak.. Nampak semuanya sedap2 belaka.

Jemput ke blog saya :)

aizamia3 said...

fuh.. buat perut lapar balik.. ;)
sup bebola tenggiri tu nampak menarik.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

pergh.....berkeroncong perut tengok pic makanan banyak cenggini..hahhaha

kehidupan sihat said...

banyak ye makanan :)

salam perkenalan sis
jemput ke blog nana jika kelapangan

sudipVSsenduk said...

grill pan tu mcm best je,beli mana?

sayu tengok sup bebola ikan tenggiri tu. Dulu akak selalu tolong arwah mak gentel isi ikan.

mun said...

wahh makan belangkas..rasanya camne ehh.. teringin gak nak makan ni..huhu