Friday, January 29, 2016

bebel random kembali

Assalamualaikum

Ok macam malas lagi nak sambung entry beijing
So aku nak buat random post la macam biasa hahaha



Ini 3 minggu lepas. Anak-anak buah puchong balik
Bawak p coconut shake batu berendam
Pergi pulak hari ahad. Takde dine in ye. Take away sahaja sebab ahad area situ ada pasar malam




coconut shake yang ko cakap la sedap macam mana pon pada aku biasa2 je
mungkin aku tak berapa addicted coconut shake






last week pergi berkelah tepi pantai kat pd
pantai cermin. dengan adik beradik, sepupu2 dan anak2 buah jugak
apahal aku dengan adik aku si nonot dah macam twin plak





aku masak nasi, lauk ayam berlada, sayur campur dengan telo dadar. kicap jangan lupa haha
nonot buat spaghetti. sepupu aku didi buat kek batik. anak buah puchong bawak sandwich 
air buat air buah campur yang tin tu




meriah spaghetti ko nonot. aku paling suka spaghetti letak button mushroom tu. lazat tak terperi




pantai cermin ni masa kitorang sampai takde orang pon
punya gembira boleh aku bergolek atas tikar
tapi panas ya rabbi. pijak pasir kat area panas tu rasa nak terbako kaki
kitorang berkelah hadap hibiscus tu





see. i tak tipu u punya la panas sampai tak bukak mata pon tak boleh




so berbaring lah atas tikar pandang pokok ni ha
seronok btol takde orang. tapi dah nak pukul 5pm tu baru ramai orang datang
ceah. dah tak boleh baring




ni kelmarin lunch kat kampung jawa makan cendol favs !




oh adakah aku baru tau tentang produk ni
kawan aku rekemen
dia kata kalau mengantuk spray je kat muka. segar uols
terbukti berkesan! RM 5++ untuk 30ml kat Guardian


Ni nak cite si cinta hatiku lebiu plak
Sekarang dah masuk 4 bulan




Asal petang je ikut orang menopik
Tapi dia minum susu la. Tengok je ok orang lain minum milo ais kikikiki




Geram je kalo dia pakai kopiah ni





tido like a boss




hobi sekarang isap jari
pantang relax je nak isap sampai basah2 tangan
kalau tarik jari tu confirm mengamok



instead of isap jari, bagi puting
hoi puting mana best bonda. dia luwek kan terus. jari lagi best !




eeiii cheeky boyfriend
sekarang mulut bising betol mengomel menjerit je
rindu tau ni minggu ni dia takde semalam balik segamat
jumpa ahad baby boyfriend !!





lets klik !!

9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Baby biasanya kalau yg jenis suka isap jari tak penangis Lya..

aizamia3 said...

Rasa tenang kan dapat lepak macam tu.. tambah pulak dengan menu yang sedap2.. ni kalau ada khemah lagi lama berkampung ni.. hehehe..
comelnya dia.. geram tengok..

Aziela said...

Akk dah x dapek nak piknik Lya. Lutut dah expired. Nak duduk bangun kena merangkak, dik. Tapi bab makan...on jer...hahaha.

Oh..spray mengantu tu mmg berkesan betul ke

sudipVSsenduk said...

asal singgah sini je lapor
asal lapor je singgah sini

terbaik

wahida said...

weiii comel giler anak buah ko nok...

beb, aku pun baru tahu produk sembur kat muka tu...nak try la...sebab laki aku tu memanjang ngantuk kalau kena drive...aku nak suggest kat dia lah menatang ni...tq nok!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

besar dah anak sedara tu ye.... kejap je rasa...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

spaghetti itu kelihatan megiurkan....
kirim tiyom sikit kat BF ensem si cinta hati awak tu ...huhuhu

LYAfrina said...

bestnyer iknic sdgn sepupu2

Hanie said...

sedapnye spegeti tu.. nyum nyum.. nsem bos comel la..