Wednesday, June 29, 2016

Diari Ramadhan gittew - Part 3

Assalamualaikum

Kita bertemu lagi di penghujung Ramadhan ini
Minggu depan dah raya. Dan baju raya aku yang aku order online menyirapkan darah
Kain dah lah tak sama dengan dalam gambo, pastu bapak besar gila baju. Aku dah macam king kong pakai baju tu huaaaaaaaaaaaaa
Jadi keje aku nak cari orang oter. Ntah orang nak accept lagi ke tak dah hujung2 ni kan
Mungkin pagi raya aku pakai kain batik je. So sad. Dah lah tahun lepas pon takde baju raya

Sorry bebels. Jom layan gambo makanan plak



Last week Friday berbuka kat Prima Hotel dengan colleagues.
Kambing grill dia sedap ya ampunnnnnn
Lagi sedap dari hotel mahal yang aku pergi previously





Sabtu hari tu buat soto. Terlampau rajin siap buat bergedil
Kentang tu goreng dan tumbuk. Apsal rajin sangat ni hahaha
Jarang sekali perkara begini terjadi
And i tell u. I rasa bergedil yang buat dengan kentang yang di goreng lagi sedap banding yang di rebus
Rasa nak buat lagi lak weekend ni hahaha





Soto by bonda
Soto punya condiments: Ayam, taugeh, daun sup, fucuk dan suhun goreng, kacang tanah, bergedil, sambal kicap
Aku suka letak fucuk goreng banyak2. So sedap
Cis sendiri type sendiri keliur how meh




Malam minggu hari tu pergi bazar klebang, kat pantai 1 malaysia
Gosh ramai gilaaaa orang. Ok ni tak nampak ramai la
Tapi kau nak jalan kat deret khemah-khemah jualan tu, boleh sakit jiwa
Aku sampai kol 12 macam tu masih ramai yang datang
Berpusu-pusu. Muka aku tak payah cakap la dah macam hawau hah
Nasib dapat baju sehelai. Kalau pulang tangan kosong lagi sakit minda hahaha

Oh ya. Ni bazar yang femes la setakat ni. Ada 180 khemah. Jalan la kau sampai pitam




Ni beli untuk boyfriend I si faqih tu
Aku nampak beg superman mula-mula. So cute kecik comel je
Nak ironman tapi takdok
RM 23 only
Then jalan-jalan nampak kasut plak. Terus beli. RM 20




Pagi esok terus rasmi
Eeeee comel macam nak hempuk je hahaha
Ni beg duit raya aku cakap
Dengan harapan besar la collection
Jangan lupa bonda 25% hahahaha





Ni menu ahad
Bubur lambuk masjid bagi. Asam rebus batang keladi, ayam dan ikan goreng, ikan masin. sambal belacan anak buah aku buat pedas melangit, cucur udang by yours truly, popia ketam cheese, scallop cheese goreng



Semalam buka kat Aeon dengan adik aku omak si faqih
Cuba pizza yang baru tu. Sedap jugak
Lepas buka, shopping

Sekian.





lets klik !!

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Eh... si hero Faqih ni dah pandai bergayalah Lya.
Cepat betul dia besar:)

wahida said...

untung faqih ada mak sedara yg sayangkan dia..
malam ni turn aku pulak berbuka dengan pizza...ko tunggu...hahaha...

Mysara Ab Rahman said...

Kita ape pun persiapan raya xbuat lagi..pening rasa tggal g smggu dh. Haha

E'in said...

Itu laa risiko kalau beli online awak.. Kena ukur betul2.. Hihi.. Untung faqih dpt beg dgn kasut raya..

fairus said...

Melihat makanan2 di tengah2 hari ni, memang terasa sangat lapau..