Thursday, June 16, 2016

Diari Ramadhan gittew

Assalamualaikum

Alhamdulillah ni dah hari ke 11 kan kita puasa
Lagi 4 hari boleh pasang lagu raya >_<
Hahahaha itu je yang aku ingat

Puasa tahun ni memang sederhana je menu nya
Weekend baru masak sedap sket
Sebab mak aku sekarang tak sihat. So tak boleh aktif sangat lah kat dapor tu
Apa yang ada je. Kebanyakan nya mengkayakan orang yang jual la hahaha
Takpe rezeki mereka kan

Tapi banyak- banyak hari, semalam paling best la
Mak iolss goreng cekodok kelapaaaaa
Fuhh sedap gila ok
Berketol-ketol aku makan

Ada yang tak tau cekodok kelapa tu 
Sama je macam buat lempeng, bezanya di goreng. Jadilah beliau cekodok
Pastu mak aku bancuh pakai air kelapa tu, tak guna air masak. Tu yang buat lagi sedap tu
Fuhh teringat-ingat
Teruk btol perangai hahaha




Cekodok kelapa pujaan hati

Semalam mak aku masak sup ikan merah dan goreng sayur
Aku beli paru sambal, kuih buah melaka dengan cara manis
Kuih-kuih aku beli tu bagus, sampai sahur elok. Tak membazir thumbs up

Ni je gambar berbuka yang aku ada
Malas la nak amik gambar. Takde mood lapo kan hahaha
Tapi aku tengok kak wahida dah upload gambar lauk dia. Huih ini tak boleh jadi. Kene lawan ni! Hahahaha



lets klik !!

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Itu pun dah lebih dari bersyukur Lya
Banyak tu kalau nak makan pun tak terhabis. Cukuplah.
Cekodok kelapa tentulah kakak tahu:)

fairus said...

Cekodok juga yang jadi pujaan...