Tuesday, July 12, 2016

Eid 2016 - Part 1: Mantai Day & Menu Raya

Assalamualaikum

Selamat hari raya aidilfitri buat semua
Maaf zahir dan batin ye
Iols baru naik kerja hari ni. Lemau tu biasalah kan. Sindrom raya kahkahkah

Raya kami biasa-biasa je
Cuma kelainan. kitorang adik beradik rewang memasak kauuu
Mama tak sihat. Hari mantai tu mama kat hospital lagi
So kita 4 beradik (exclude bongsu dia kerja) gotong-royong masak
Dengan mak saudara 2 orang tolong ringan-ringan sket. Tak bagi buat kerja sangat pun dah berumur tak larat dah kan
So kita yang muda-muda ni lah kerja lebih sket
Aku dari pukul 8.30 pagi sampai nak pukul 11 pagi baru sudah bersihkan tulang 13kg
Banyak btol baba beli. Pitam nak bersihkan hah sampai cramp bontot




Workstation yang tak semenggah
Sebab nak hadang angin punya pasal, meja ABC pon kitorang hangkut haha




Sup tulang 13 kg yang membikin pinggang ku cramp ittew
Bergenang btol minyak. Tak tumis pon ni. Lemak-lemak kat gearbox tu naik kan
Tak memasal petang dah sejuk sket aku sejat minyak-minyak tu semua




Kari itik adik beradik nama di beri
Masak kari itik macam nak berperang sebab api asik padam kahkahkah
Nak memasang balik tu hazab sebab semua bukan reti pon 
Rempah mintak tolong makcik sukatkan pastu pandai-pandai kau lah kan




Malam sambung masak lagi. Daging hitam dengan rendang ayam kampung
Mama sampai rumah maghrib
Malam gigih ok masak rendang
Langsung dia tak bagi weols sentuh ayam tu hahaha



Maka inilah hasil menu raya pertama weols:



Kari itik




Kuah kacang ayam





Daging masak hitam




Sup tulang




Rendang ayam kampung




Sambal ikan





Ketupat palas




Lemang beli. Slack tak pandai buat lemang je kan
Kalo tak dah complete semua home made
Tapi lemang ni tak best. Rasa dah sedap tapi tengah tak masak  -_-




Ketupat




Our aidilfitri table 





lets klik !!

8 comments:

Kayu Manis said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri adikku lya..adusss happening sgguh..knor dpt bygkn kegembiran dn kemeriahan itu....sup tu kngan sguh bila knor blik kmpong..abg akan masak seperiuk gitu ke.....hirupppp tanpa takut..hahah

Lya teringin kan nak mkn peyek knor i shaa Allah lya one day mesti dpt rasa punya..nti klu knor ke melaka knor akn bgitau kita jumpa kat mana2 ye dik..😊😊

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Assalam Lya... selamat hari raya maaf zahir dan batin...
Wow!! meriahnya juadah raya tu.. bersusun atas meja. Mesti rumah Lya sentiasa ramai tetamu berkunjung kan? Tahniahlah sebab berjaya masak adik beradik je... bukan satu kerja mudah tu... tp oklah sbb ramai anak dara kan... hihi...
P/s: mcm teringin pulak nak beraya rumah Lya bila nampak menu sedap2 gitu... kalau dekat kompem buat muka tak malu terjah rumah Lya.. hihi...

Raihanah Ahmad said...

selamat hari raya sis, sedap2 semuanya

Malinda said...

aduhhyaiiiii...awat banyak beno menunye...geram dah ni akak tengok...hahaha...part sup tulang tu palig win...tak dapat lain pon takpe kekdahnye...lain kali jemput dtg rumah ko raye petama ek...kuikuikui...ini pompuan tak malu...hahaha...bagos korang adik beradik sume dah terer2 masak...nanti kalau nak dtg rumah akak jangan lupe whatsap tau...kite kenen2 hari siap2 senang skit akak bentang kapet merah depan pintu...kahkahkah

Kakzakie Purvit said...

Banyaknyaaaa!
Macam nak kenduri dah kakak tengok semuanya tu Lya:)

wahida said...

perghhhh banyak giler menu pagi raya ko nok...
apapun, sup tulang jugak yang menawan hati aku...
sampai 13 kg babah beli tulang tu...mmg meriah makan tu...

Maman Reen said...

Banyaknya lauk pauk.. Nampak sedap..! Hihi Reen datang singgah dan follow blog sis.. Jemput singgah blog Reen.. Dan Selamat Hari Raya..! 😉

LYAfrina said...

wow..bestnya... meriah dpt rewang camni..