Thursday, August 18, 2016

Langkawi - Underwater World & Kak Yan Nasi Campur


Assalamualaikum

Ok sambung. So day 2, pagi tu hujan memang lebat
Planning asal pagi tu memang nak terjah skycab dulu. Sekali dah hujan lebat, kene switch plan
So kita pergi Underwater World dulu

Oh ye. Pergi semua tempat kat Langkawi ni Waze sahaja.
Waze sangat-sangat membantu
Plus, aku suka drive kat Langkawi ni. Sebab semua orang drive tenang-tenang je
Unlike kat tempat aku melaka ni atau tempat lain yang manusia jenis tak sabar-sabar macam kan jalan raya tu tutup esok



Breakfast warung tepi-tepi jalan je. Tapi ni still kat pekan kuah la
nasi lemak bungkus biasa la RM 1 dan add on lauk-lauk
Pagi2 dah cekik petai, merasa la menderita sape masuk jamban lepas aku


So lepas makan terus pergi underwater world
Entrance Fee: RM 33 adult



perempuan purple seketol di situ





ini budak hah, masa breakfast dia bedal milo dekat setengah mug, tido kekenyangan puler




tapi elok je masuk dalam, terus segar. bagus kata nak tengok ikan kan aqeh !




muka macam "what place is this so gelap"




aku rasa aku pon excited masuk dalam ni walaupun tengok binatang je kan haha
oh ye tepi tu ada flamingo 
masuk2 je "flamingoooooooo"
siapa ntah -_-




"huh ikan apa ni macam pelik je"




hi pingu !




leka btol tengok pingu mamat ni





pastu masa jalan2 kat dalam tu, jumpa 1 aktiviti ni
aku lupa nama apa ntah
tapi dia masuk dalam bilik, semua cermin, so ko nampak bayang2 ko, lama2 ko bleh confuse tu bayang clans ko ke atau orang lain 
memang lawak la aku rasa suara aku paling memekak sebab takut lost pastu asik langgar cermin je sebab ingatkan ruang jalan rupanya cermin
aku asek ketok2 kepala adik aku je pakai benda alah putih panjang tu haha sebab takut hilang
oh ye masuk ni fee lain.lupa berapa hengget. 15 ke 18 ntah




sempat mirror selfie jap pastu cepat2 pusing takut hilang adik2 aku hahaha




anda di kira berjaya menjumpai jalan keluar sekiranya jumpa benda alah ni
dia macam bridge la. pastu ada roller yang berpusing
kalo nampak bulan bintang tu semua dia actually berpusing ok dan membuatkan ko pening
aku poyo konon tengok bawah
sekali dah nak sampai hujung angkat kepala amik ko, nasib tak langgor dinding hahaha




mama dan maklang




hello yu !




"ee scary nya muka yu ni"




"eee ikan kaler2"




excited tengok ikan banyak2




dekat nak exit tu ada macam small waterfall. lepak sini jap




hai obor-obor !

exit je, ada souvenir shop. so shop sket2 kat situ
then out to lunch





Kak Yan Nasi Campur !!






Deretan pelbagai lauk




Ada bakar-bakar jugak




So setelah berpusing-pusing berapa kali ini lah lauk iols amik
Pajeri terung nenas, petola masak lemak, kerabu taugeh, kerabu mangga, pari air asam
Semua sedap !!

Boleh tahan murah jugak makan sini
So siapa datang Langkawi sila masukkan Kak Yan Nasi Campur dalam tentative anda ye !




lets klik !!

8 comments:

Scya Lollita said...

last pergi langkawi masa 2004 T.T haha

lia ummiirfan said...

food kat langkawi memang superb dan murah! :))

Aziela said...

Lauk pauk kat Kak Yan tu memang sedap. Brperisa. Suka betul budak tecik tu kan. Tak takut pun dia...

Alia Laila said...

Last pergi langkawi masa kecik k. Sekolah rendah kot ?!! Seronoknya pi berjalannn. Menarik sangat dah underwater world tu ! Tak patut betul tengok gambaq nasi berlauk time camni hish

Kakzakie Purvit said...

Puas jenjalan berkeluarga gini
Hero comel tu dah pandai

Terima kasih titip doa buat almarhum bapak kakak

LYAfrina said...

msti aqeh truja tgk ikan2 dlm tu kan

mawar_berduri said...

RM 33 boleh tahan laaaa..nasib ada pingu yang comel2 :P

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mama nampak slim lah Lya....
syok kan tengok ikan2 & hidupan laut ni.. Aqeh mesti ralit...